Saturday, 3 March 2018

7 Ciri Sales Person YANG BERJAYA!

Salesperson yang berjaya dalam syarikat lazimnya mempunyai 7 ciri ini :

1. Fokus pada mendengar, sebelum mengatur percakapan.

Kenapa mereka berjaya menjual? Sebab mereka kenal dan faham pelanggan.

Bagaimana mereka boleh faham?

Mereka faham dengan cara mendengar dengan teliti apa yang keluar daripada mulut pelanggan. Mereka akan guna dan olah poin yang sama untuk close jualan.

2. Faham tentang tawaran nilai.

Apa nilai produk atau servis kita tawarkan? Nampakkan ia di mata pelanggan. Latih skill ini.

Apa faedah pelanggan dapat? Jawab soalan ini, maka jualan lebih mudah berlaku. Tonjolkan supaya pelanggan dapat rasa dan bayang manfaat itu.

Selain itu, penting untuk arif luar dan dalam tentang produk.

3. Konsisten.

Celik mata, dan kerja keras untuk capai result yang konsisten! Sejarah adalah sejarah. Dapat jualan paling tinggi sekali, kemudian terus merudum, umpama tiada makna.

Mindset salesperson berjaya - pencapaian wajib kekal konsisten pada level tertinggi dan harus 'gila-gila' untuk kekalkan!

4. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Takut untuk 'approach' pelanggan, nak buat panggilan 'berdoa' prospek tak angkat call, terlalu cepat mengalah maka bidang jualan bukan untuk kita.

Peringkat awal, ia biasa. Dengan latihan tubi tanpa henti, ketakutan dan halangan itu dapat kita atasi.

Harus juga kita akui, bukan semua orang mempunyai bakat menjual. Usah dipaksa-paksa atau buang masa latih orang yang tidak ada bakat. Harus ada had masa yang kita letak.

Kemudian, cari orang seterusnya.

5. Menguasai 'elevator pitch'.

Dalam pengiklanan online, 'elevator pitch' umpama headline.

Apa ayat atau soalan pertama yang ringkas dan padat yang menyebabkan orang mahu meneruskan komunikasi dengan kita.

Apa yang menyebabkan mereka berhenti, dan mahu dengar apa kita cakap.

Jika di platform online, apa yang menyebabkan mereka berhenti, dan mahu terus baca apa yang kita taip atau persembahkan.

6. Konsisten dalam aktiviti follow-up.

Usah mimpi mahu jadi salesperson hebat jika terus putus asa selepas sekali dua percubaan followup.

Untuk sebahagian jenis produk, 70% pembelian kali pertama berlaku selepas 6 kali followup.

Lain produk lain sifirnya.

7. Mempunyai target harian yang harus diberi komitmen penuh untuk capai.

Target dibuat syarikat lain. Salesperson juga harus mempunyai target yang dibuat sendiri. Lazimnya mahu atasi lebih daripada target minima syarikat.

Ini karakter salesperson berjaya. Tidak puas hati apabila sekadar di atas par.

Friday, 2 March 2018

Khidmat Ummah - Jelita


Jom beramai-ramai mengunjungi PROGRAM KHIDMAT UMMAH khas anjuran Olive House Global - Lembah Kelang 2 (Selangor Kuala Lumpur) pada hari Ahad 11 mac 2018 jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00 petang.

Membariskan selebriti jemputan, doktor pakar dan ahli profesional yang berkongsi pengalaman dengan amalan pemakanan sihat dan power food/ quranic food.

Semua di jemput beramai2

Masuk percuma
Pemeriksaan kesihatan percuma


7 Ciri Sales Person YANG BERJAYA!

Salesperson yang berjaya dalam syarikat lazimnya mempunyai 7 ciri ini : 1. Fokus pada mendengar, sebelum mengatur percakapan. Kenapa merek...